BIG ZAIMA (IP0276295-V)
Syarikat kami membekalkan Produk Effective microorganism yang berkualiti, 100% keluaran bumiputra

Kebaikan EM.BZ Dalam Penternakan:
- Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
- Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
- Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
- Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
- Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Kebaikan EM.BZ Dalam Pertanian:

- EM.BZ menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
- Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
- Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
- Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
- Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam :
- Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.- Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.- Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.


Harga:
1liter =RM25/=Boleh dirunding
Tel no:0192873066(bigzaima)

Mas Cotek




MAS COTEK digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit seperti:• Mengeluarkan toksin dalam badan• Melancarkan perjalanan darah• Sakit urat saraf / sendi-sendi• Mengurangkan kandungan gula dalam darah• Mengurangkan tekanan darah tinggi• Membuang kolestrol dan lemak• Melegakan kesakitan akibat buasir• Migrain• Pemulih tenaga batin• Senggugut• Mengecutkan saluran peranakan/ Merapatkan pintu rahim• Melambatkan proses menopous

keterangan:
Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).

kegunaan:
untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari

Read more...

effective microorganism

APA ITU EM ™?
Effective Microorganisms™ atau lebih dikenali dengan singkatan EM™ merupakan "bakteria baik" hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.



Mikroorganisma dalam EM™ dan fungsinya ialah :



a) Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)

Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.




b) Yis / Ragi (Yeast)

Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.




c) Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)

Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.



Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa Masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.



Kebaikan EM™ Dalam Pertanian



EM™ menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman. Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman. Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat. Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit. Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Cara Guna:

- Sembur pada tanah dan pokok.





Kebaikan EM™ Dalam Penternakan


Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.

Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.

Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.

Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.

Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.

Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.



Cara Guna:

Tambah EM™ dalam makanan dan minuman ternakan.

Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.

Masukkan ™ EM dalam kolam ternakan. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.

Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.

Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.




Read more...

Info cacing


Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri)
dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut). Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut....
. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil.
Pengetahuan tentang penternakan cacing di Malaysia boleh dikatakan agak relatif. Di Malaysia, cacing sudah dikenali sejak zaman nenek moyang kita lagi di mana mereka menggunakan cacing sebagai ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Pengetahuan tentang cacing semakin lama semakin berkembang dengan kajian-kajian yang dilakukan baik oleh individu mahupun jabatan berkenaan. Dari sini terbukti bahawa manfaat cacing ternyata sangat banyak.
Cacing merah atau nama saintifiknya Lumbricus Rubellus merupakan jenis cacing yang diternak oleh Big Zaima. Cacing jenis ini mempunyai bentuk tubuh yang pipih dan mempunyai tanda kekuningan dihujungnya. Jumlah segmen adalah sekitar 90 hingga 195 di mana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32.
Cacing ini memiliki tubuh yang kecil tetapi apabila diternak secara intensif saiz tubuhnya boleh membesar menyamai jenis cacing yang lain. Gerak cacing ini lambat dan sering diam apabila dipegang.
Cacing merah ini digunakan untuk penghasilan baja kompos, farmaseutikal, dan juga kosmetik.
Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Dalam bidang farmaseutikal pula, cacing digunakan sebagai ramuan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, Rheumatic, dan Thipus. Protein yang ada dalam cacing digunakan dalam kosmetik untuk menambahkan kualiti produk tersebut dan dapat tahan lebih lama.
Kesan Antipiretik Ekstrak Cacing Tanah..!• Cacing tanah di dunia telah teridentifikasi sebanyak 1.800 spesies. Dari jumlah tersebut, ada dua spesies yang popular diusahakan, iaitu Lumbricus rubellus (dikenal dengan cacing merah) dan Pheretima aspergillum (cacing organik), yang banyak digunakan dalam perubatan.L. rubellus telah banyak dibudidayakan di Indonesia, sedangkan Pheretima belum banyak dibudidayakan.Jika kita pergi ke kedai ubat cina di indonesia untuk mencari ubat demam atau tifus, penjual akan menyarankan supaya menggunakan cacing kering untuk direbus dan diminum airnya, atau kalau tidak suka dengan baunya yang cukup memualkan, kita boleh makan cacing ini dalam bentuk kering yang sudah dimasukkan dalam kapsul.Cacing kering yang diberikan itu adalah jenis cacing L.rubellus dan Ph. aspergillum. Cacing tanah menarik perhatian kerana dalam keadaan yang buruk sekalipun mereka boleh bertahan hidup.Di Indonesia dan negara-negara lain seperti India, media vermikultur yang popular adalah dengan otoran lembu. Dari hal itu pasti cacing tanah memiliki antibodi yang unik dalam tubuhnya yang mampu mempertahankan dirinya dari keadaan yang buruk iaitu di dalam kotoran dan mungkin dapat dimanfaatkan untuk kebaikan manusia.Kandungan kologen kimia cacing tanah memang unik. Kadar protein cacing tanah sangat tinggi, yaitu 58 peratus sehingga 78 peratus daripada cacing yang telah dikeringkan (lebih tinggi daripada ikan dan daging) yang dikira dari jumlah nitrogen yang terkandung di dalamnya.Selain itu, cacing tanah rendah lemak, yaitu hanya 3 peratus sehingga 10 peratus sahaja. Protein yang terkandung dalam cacing tanah mengandung asid amino esensial dan kualitinya juga melebihi ikan dan daging.Oleh kerana itu, di Jepun, Hungari, Thailand, Filipina, dan Amerika Syarikat, cacing tanah sudah dimanfaatkan sebagai bahan makanan manusia selain digunakan sebagai ramuan ubatan untuk pencegahan dan perubatan dan kosmetik serta farmaseutikal.

Read more...

Info lintah







Lintah dikategorikan dalam Filum Annelida (cacing bersegmen) kelas Hirundinea. Lintah merupakan hidupan yang bersegman dan berulas, walaupun hamper sana dengan cacing tanah, ia mempunyai car hidup yang amat berbeza dab terperinci. Badan lintah terbahagi kepada jumlah bahagian yang sama iaitu 34 ulas, dengan kuasa lekatan yang amat kuat dikedua dua hujung dan pangkal. Bentuk badannya yang lebar pada bahagian atas dan bawah. Bentuk bandan nya yang mampu berubah mengikutkeadaaan, tetapi kebanyakannya mampu memanjang pada tahap teetentu bergantung pada tahap tertentu kepada saiz danb kekuatan nya . mempunyai 2 penghisap (sucker) iaitu dihadapan dan dibelakang.Lintah mempunyai 3 rahang dan membentuk huruf Y tetapi tidak bersambung.

Jenis yang berbeza

Lintah dibezakan mengikut kaedah ia makan. Satu kumpulan (lintah berahang atau Gnatbobdellida) menpunyai dan gigi untuk menggigit mangsa. Sejenis cecair yang dinamakan hidrudin dihasilkan daripada sel sel hidup dan bertindak sebagai pengantikental. Ia amat berbeza daripada pacat.


Kumpulan kedua ( tiada rahang atau Rhyncobdellida) dimana lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai kedalam mangsa dan mengeluarkan enzim hemetin bagi menlenyapkan pembekuan selepas terbentuk.Kempulan ketiga merupakan lintah bulan dimana jenis ini tiada rahang mahupun gigi dan akan menelan kulat atau serangga.

Pernafasan

Lintah bernafas melalui keseluruhan dinding badannya dan pergerakkan yang perlahan dan beralun adalah untuk membantunya menukarkan gas. Lintah yang hidup didalam air cenderung untuk bergerak dipermukaan apabila mendapati ia kekurangan bekalan aksigen didalam air.

Deria

Organ deria rasa yang terletak dibahagian hadapan dan belakang mampu member maklumat kepada lintah mengenai ketelusan cahaya, suhu dan pergerakan. Penerima kimia dikepala memberi maklumat mengenai baud an disitu mempunyai beberapa pasang mata.Lintah yang tiada rahang (Rhyncobdellids) mampu mengubah warna mengikut keadaan akan tetapi ia gagal menyamar sekiranya ia tidak dapat memastikan mangsa pada masa itu.

Pembiakan

Lintah mempunyai kedua dua jantina iaitu kemaluan jantan dan betina. Seperti cacing tanah lintah juga menpunyai klitelum, ia akan berada dikulit tebal ketika musim membiak. Persenyawaan melibatkan kedua dua alat kelamin dimana badan menghasilkan sperma berhampiran dengan bahagian klitelum. Bagi lintah (Rhyncobdellis) ia tidak mempunyai alat kelamin jantan akan tetapi dinding badannya mampu menghasilkan sperma.





Sperma ini akan menuju kerahim dimana penyatuan bertempat. Klitelum pula mengeluarkan sejenis cecair yang pekat yang dikenali sebagai kokon yang mengandungi nutrin untuk meneluarkan anak didalam nya.Lintah akan melepaskan kokon ini sebaik saja ia melepasi bahagian kepala lintah.Kokon akan ditinggalkan pada bata kayu atau daun dan akan dipenuhi dengan buih. Selepas beberapa minggu,kokon tadi akan berubah menjadi juvenile (anak Lintah). Juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa tetapi saiznya yang kecil dan berwarna merah. Purata tempoh matang ialah 6 bulam selepas keluar dari kokon dimana pada peringkat ini ia sudah mampu mengawan. Lintah tempatan (Hirudinaria Manillensis) dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mampunyai tahap pembiakkan yang tinggi pada umur sekitar 2 hingga 3 tahum.

Permakanan Lintah

Lintah merupakan sejenis parasit yang hidup menumpang haiwan lain. Sesetengan lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti lempu kerbau dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya dapat menghisap darah yang tercatat di atas ia akan mencari mangsa lain seperti ikan katak belut dan sebagainya.Selepas menghisap darah sehingga kenyang , ia akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. Tempoh penghadamannya agak panjang dan mampu bertahan sehingga berbulan bulan setelah mendapat makanan.

Habitat Lintah

Kebanyakan lintah merupakan hidupan air tawar akan tetapi ada juga yang hidup didarat. Lintah yang hidup didarat biasanya boleh didapati dihutan hujan. Lintah jenis ini tidak tahu berenang akan tetapi mempu bertahan lama sekiranya tenggelam. Dikawasan yang panas dan kering, lintah akan bersembunyi didalam tanah atau ditempat yang lembab supaya ia dapatr bertahan dan hidup lebih lama. Dalam keadaan ini badannya akan menjadi kering dan mengcut dan ia tidak mampu menyedut darah. Dalam masa 10 minit sekiranya ia terkena percikan air ia akan kembali aktif. Lintah yang hidup didalam air pula lebih suka air yang tenang atau pun yang mengalir perlahan. Akan tetapi ada juga jenis yang hidup didalam air yang deras.

Bidang Perubatan

Lebih 2000 tahun, lintah diperlukan dalam bidang perubatan sebagai pencair darah. Ia digunakan di Eropah pada tahun 1830 dan 1850, tetapi akibat kekurangan bekalan ia tidak lagi digunakan. Hari ini ia kembali digunakan dalam perubatan antaranya dalam pembedahan plastic. Lintah diklasifikasikan seperti produk darah yang lain dan hanya boleh digunakan satu lintah pada satu persakit. Cecari yang dihasilkan oleh lintah yang dikenali sebagai Hirudin amat berguna dalam bidang perubatan ini. Contoh ia mampu mencairkan darah dan juga dalam penghsilan ubat untuk bengkak pada telinga.

Read more...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP