BIG ZAIMA (IP0276295-V)
Syarikat kami membekalkan Produk Effective microorganism yang berkualiti, 100% keluaran bumiputra

Kebaikan EM.BZ Dalam Penternakan:
- Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
- Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
- Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
- Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
- Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Kebaikan EM.BZ Dalam Pertanian:

- EM.BZ menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
- Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
- Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
- Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
- Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam :
- Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.- Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.- Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.


Harga:
1liter =RM25/=Boleh dirunding
Tel no:0192873066(bigzaima)

Info cacing


Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri)
dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut). Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut....
. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil.
Pengetahuan tentang penternakan cacing di Malaysia boleh dikatakan agak relatif. Di Malaysia, cacing sudah dikenali sejak zaman nenek moyang kita lagi di mana mereka menggunakan cacing sebagai ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Pengetahuan tentang cacing semakin lama semakin berkembang dengan kajian-kajian yang dilakukan baik oleh individu mahupun jabatan berkenaan. Dari sini terbukti bahawa manfaat cacing ternyata sangat banyak.
Cacing merah atau nama saintifiknya Lumbricus Rubellus merupakan jenis cacing yang diternak oleh Big Zaima. Cacing jenis ini mempunyai bentuk tubuh yang pipih dan mempunyai tanda kekuningan dihujungnya. Jumlah segmen adalah sekitar 90 hingga 195 di mana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32.
Cacing ini memiliki tubuh yang kecil tetapi apabila diternak secara intensif saiz tubuhnya boleh membesar menyamai jenis cacing yang lain. Gerak cacing ini lambat dan sering diam apabila dipegang.
Cacing merah ini digunakan untuk penghasilan baja kompos, farmaseutikal, dan juga kosmetik.
Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Dalam bidang farmaseutikal pula, cacing digunakan sebagai ramuan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, Rheumatic, dan Thipus. Protein yang ada dalam cacing digunakan dalam kosmetik untuk menambahkan kualiti produk tersebut dan dapat tahan lebih lama.
Kesan Antipiretik Ekstrak Cacing Tanah..!• Cacing tanah di dunia telah teridentifikasi sebanyak 1.800 spesies. Dari jumlah tersebut, ada dua spesies yang popular diusahakan, iaitu Lumbricus rubellus (dikenal dengan cacing merah) dan Pheretima aspergillum (cacing organik), yang banyak digunakan dalam perubatan.L. rubellus telah banyak dibudidayakan di Indonesia, sedangkan Pheretima belum banyak dibudidayakan.Jika kita pergi ke kedai ubat cina di indonesia untuk mencari ubat demam atau tifus, penjual akan menyarankan supaya menggunakan cacing kering untuk direbus dan diminum airnya, atau kalau tidak suka dengan baunya yang cukup memualkan, kita boleh makan cacing ini dalam bentuk kering yang sudah dimasukkan dalam kapsul.Cacing kering yang diberikan itu adalah jenis cacing L.rubellus dan Ph. aspergillum. Cacing tanah menarik perhatian kerana dalam keadaan yang buruk sekalipun mereka boleh bertahan hidup.Di Indonesia dan negara-negara lain seperti India, media vermikultur yang popular adalah dengan otoran lembu. Dari hal itu pasti cacing tanah memiliki antibodi yang unik dalam tubuhnya yang mampu mempertahankan dirinya dari keadaan yang buruk iaitu di dalam kotoran dan mungkin dapat dimanfaatkan untuk kebaikan manusia.Kandungan kologen kimia cacing tanah memang unik. Kadar protein cacing tanah sangat tinggi, yaitu 58 peratus sehingga 78 peratus daripada cacing yang telah dikeringkan (lebih tinggi daripada ikan dan daging) yang dikira dari jumlah nitrogen yang terkandung di dalamnya.Selain itu, cacing tanah rendah lemak, yaitu hanya 3 peratus sehingga 10 peratus sahaja. Protein yang terkandung dalam cacing tanah mengandung asid amino esensial dan kualitinya juga melebihi ikan dan daging.Oleh kerana itu, di Jepun, Hungari, Thailand, Filipina, dan Amerika Syarikat, cacing tanah sudah dimanfaatkan sebagai bahan makanan manusia selain digunakan sebagai ramuan ubatan untuk pencegahan dan perubatan dan kosmetik serta farmaseutikal.

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP