BIG ZAIMA (IP0276295-V)
Syarikat kami membekalkan Produk Effective microorganism yang berkualiti, 100% keluaran bumiputra

Kebaikan EM.BZ Dalam Penternakan:
- Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
- Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
- Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
- Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
- Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Kebaikan EM.BZ Dalam Pertanian:

- EM.BZ menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
- Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
- Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
- Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
- Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam :
- Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.- Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.- Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.


Harga:
1liter =RM25/=Boleh dirunding
Tel no:0192873066(bigzaima)

Info lintah







Lintah dikategorikan dalam Filum Annelida (cacing bersegmen) kelas Hirundinea. Lintah merupakan hidupan yang bersegman dan berulas, walaupun hamper sana dengan cacing tanah, ia mempunyai car hidup yang amat berbeza dab terperinci. Badan lintah terbahagi kepada jumlah bahagian yang sama iaitu 34 ulas, dengan kuasa lekatan yang amat kuat dikedua dua hujung dan pangkal. Bentuk badannya yang lebar pada bahagian atas dan bawah. Bentuk bandan nya yang mampu berubah mengikutkeadaaan, tetapi kebanyakannya mampu memanjang pada tahap teetentu bergantung pada tahap tertentu kepada saiz danb kekuatan nya . mempunyai 2 penghisap (sucker) iaitu dihadapan dan dibelakang.Lintah mempunyai 3 rahang dan membentuk huruf Y tetapi tidak bersambung.

Jenis yang berbeza

Lintah dibezakan mengikut kaedah ia makan. Satu kumpulan (lintah berahang atau Gnatbobdellida) menpunyai dan gigi untuk menggigit mangsa. Sejenis cecair yang dinamakan hidrudin dihasilkan daripada sel sel hidup dan bertindak sebagai pengantikental. Ia amat berbeza daripada pacat.


Kumpulan kedua ( tiada rahang atau Rhyncobdellida) dimana lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai kedalam mangsa dan mengeluarkan enzim hemetin bagi menlenyapkan pembekuan selepas terbentuk.Kempulan ketiga merupakan lintah bulan dimana jenis ini tiada rahang mahupun gigi dan akan menelan kulat atau serangga.

Pernafasan

Lintah bernafas melalui keseluruhan dinding badannya dan pergerakkan yang perlahan dan beralun adalah untuk membantunya menukarkan gas. Lintah yang hidup didalam air cenderung untuk bergerak dipermukaan apabila mendapati ia kekurangan bekalan aksigen didalam air.

Deria

Organ deria rasa yang terletak dibahagian hadapan dan belakang mampu member maklumat kepada lintah mengenai ketelusan cahaya, suhu dan pergerakan. Penerima kimia dikepala memberi maklumat mengenai baud an disitu mempunyai beberapa pasang mata.Lintah yang tiada rahang (Rhyncobdellids) mampu mengubah warna mengikut keadaan akan tetapi ia gagal menyamar sekiranya ia tidak dapat memastikan mangsa pada masa itu.

Pembiakan

Lintah mempunyai kedua dua jantina iaitu kemaluan jantan dan betina. Seperti cacing tanah lintah juga menpunyai klitelum, ia akan berada dikulit tebal ketika musim membiak. Persenyawaan melibatkan kedua dua alat kelamin dimana badan menghasilkan sperma berhampiran dengan bahagian klitelum. Bagi lintah (Rhyncobdellis) ia tidak mempunyai alat kelamin jantan akan tetapi dinding badannya mampu menghasilkan sperma.





Sperma ini akan menuju kerahim dimana penyatuan bertempat. Klitelum pula mengeluarkan sejenis cecair yang pekat yang dikenali sebagai kokon yang mengandungi nutrin untuk meneluarkan anak didalam nya.Lintah akan melepaskan kokon ini sebaik saja ia melepasi bahagian kepala lintah.Kokon akan ditinggalkan pada bata kayu atau daun dan akan dipenuhi dengan buih. Selepas beberapa minggu,kokon tadi akan berubah menjadi juvenile (anak Lintah). Juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa tetapi saiznya yang kecil dan berwarna merah. Purata tempoh matang ialah 6 bulam selepas keluar dari kokon dimana pada peringkat ini ia sudah mampu mengawan. Lintah tempatan (Hirudinaria Manillensis) dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mampunyai tahap pembiakkan yang tinggi pada umur sekitar 2 hingga 3 tahum.

Permakanan Lintah

Lintah merupakan sejenis parasit yang hidup menumpang haiwan lain. Sesetengan lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti lempu kerbau dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya dapat menghisap darah yang tercatat di atas ia akan mencari mangsa lain seperti ikan katak belut dan sebagainya.Selepas menghisap darah sehingga kenyang , ia akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. Tempoh penghadamannya agak panjang dan mampu bertahan sehingga berbulan bulan setelah mendapat makanan.

Habitat Lintah

Kebanyakan lintah merupakan hidupan air tawar akan tetapi ada juga yang hidup didarat. Lintah yang hidup didarat biasanya boleh didapati dihutan hujan. Lintah jenis ini tidak tahu berenang akan tetapi mempu bertahan lama sekiranya tenggelam. Dikawasan yang panas dan kering, lintah akan bersembunyi didalam tanah atau ditempat yang lembab supaya ia dapatr bertahan dan hidup lebih lama. Dalam keadaan ini badannya akan menjadi kering dan mengcut dan ia tidak mampu menyedut darah. Dalam masa 10 minit sekiranya ia terkena percikan air ia akan kembali aktif. Lintah yang hidup didalam air pula lebih suka air yang tenang atau pun yang mengalir perlahan. Akan tetapi ada juga jenis yang hidup didalam air yang deras.

Bidang Perubatan

Lebih 2000 tahun, lintah diperlukan dalam bidang perubatan sebagai pencair darah. Ia digunakan di Eropah pada tahun 1830 dan 1850, tetapi akibat kekurangan bekalan ia tidak lagi digunakan. Hari ini ia kembali digunakan dalam perubatan antaranya dalam pembedahan plastic. Lintah diklasifikasikan seperti produk darah yang lain dan hanya boleh digunakan satu lintah pada satu persakit. Cecari yang dihasilkan oleh lintah yang dikenali sebagai Hirudin amat berguna dalam bidang perubatan ini. Contoh ia mampu mencairkan darah dan juga dalam penghsilan ubat untuk bengkak pada telinga.

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP